Valentine's Day Pumping Heart

Monday, 15 September 2014





Erry


Erry.

Nama seorang wanita yang dikatakan cantik. Bukan cantik yang biasa-biasa namun cantik yang amat ketara. Andai dihimpunkan Matahari dan Bulan bersama Erry, maka Erry lebih dilihat, lebih menjadi halwa mata.


Menjadi idaman setiap makluk Allah yang bergelar lelaki. Siapa yang tidak berkehendak akan Erry? Dikejar dan dimasukkan dalam senarai kehendak seluruh lelaki di atas muka bumi ini.


Saya bagi guarantee tiada seorang pun lelaki akan menolak Erry andai ada di depan mata. Apatah lagi apabila Erry melamar untuk menjadikan lelaki yang dipilihnya itu untuk menjadi suaminya yang abadi.


Apa yang buat Erry ni special sangat!?


Bukankah lain orang lain taste. Bermacam-macam jenis taste lelaki. Semuanya tidak sama.


Ada yang suka wanita berkulit putih cerah. Ada yang tidak.

Ada yang suka wanita berkulit hitam manis. Ada yang tidak.

Ada yang suka wanita gemuk berisi. Ada yang tidak.

Ada yang suka wanita yang kurus slim. Ada yang tidak.

Pelbagai lagi kriteria yang berbeza pada taste seorang lelaki! Allah memang ciptakan lain manusia lain taste kerana adanya pelbagai bentuk manusia yang ada, barulah ada berpasang-pasangan.


Kalau macam itu, kenapa semua taste lelaki sama tertumpu kepada wanita bernama Erry ni? Siap bagi guaranteelagi, katanya lelaki tidak akan menolak Erry tepi!?


Sudah tentu wanita bernama Erry ini sangat special orangnyaa! Rasa tidak mahu pula nak kongsi pasal Erry tapi demi ukhuwah islamiah kita, saya kongsi juga. Acewah! ;D


Erry sangat special. Pada wajahnya ada Nur. Cahaya wajahnya daripada Allah. Nak kata hebatnya cahaya daripada wajahnya itu, bumi yang malam akan cerah dan matahari yang ada di kala siang malap dek kerana kalah dengan cahaya wajah Erry!


Wanita-wanita yang ada berbillion di atas muka bumi ini teramatlah mainstream, dicipta daripada tanah sahaja. Erry, tidaklah dicipta diri dia daripada tanah, tidak sama sekali. Erry dicipta daripada saripati kasturi & ambar, juga daripada Kafuur(kapur putih) dan Zaa'faran. MasyaAllah!


Andai selendang Erry jatuh di atas muka bumi, maka harum bumi kesemuanya. Andai air liur Erry jatuh di air laut yang terkenal dengan kemasinannya yang amat itu, maka akan manislah keseluruhan titisan 7 air lautan di bumi ini.


Mayat yang telah lama mati dan menetap berkampung dalam kubur pun akan bangkit dan hidup tatkala mendengar suara Erry yang merdu.




وَحُورٌ عِينٌ
Erry sangaaat cantik. Walaupun satu dunia buat konferens untuk memilih wanita yang paling cantik dalam dunia ini sekalipun, tidak akan dapat menandingi kecantikan Erry. Nak kata betapa hebatnya kecantikan dan keindahan Erry sehinggakan Allah iktiraf kecantikannya di dalam Al-Quran Kareem. MasyaAllah!


عُرُباً أَتْرَاباً
Erry sebaya umur dengan suaminya yang abadi. Tiada beza umur antara kita dan Erry. Andai umur kita 20 tahun maka umurnya juga 20 tahun. Andai umur kita 40 tahun maka umurnya akan sebaya kita juga. Atas dasar sebaya itulah cinta Erry kepada suami yang abadi sangat terserlah. Cinta yang diberi kerana Allah! 


Erry telah dicalonkan untuk suaminya yang abadi. Allah telah tentukan siapakah yang menjadi bakal suami untuk Erry. Atas sebab itulah andai lelaki di atas muka bumi ini telah berkahwin, mempunyai anak dan isteri/isteri-isteri[?], Erry sangat marah apabila isteri kepada suaminya itu membuatkan suaminya marah dan sedih. Walaupun isteri kepada suaminya bermanja-manja sayang dengan suaminya itu, Erry pun akan marah.

"Hey awak! Awak tu tak confirm lagi jodoh kepada suami Erry tu, tapi Erry dah confirm dengan dia. Jangan nak lebih-lebih dengan suami Erry!"

Wahai. Sampai macam itu sekali tahap jealousy Erry!? Betullah apa yang dikatakan Erry itu, bukankah ada sahaja perkahwinan antara suami isteri yang bercerai setelah lama pernikahan. Perkahwinan bukanlah penentu jodoh, namun Erry pula telah ditetapkan oleh Allah jodohnya dengan suaminya. Maka memang patut pun Erry untuk ada keyakinan tinggi dan jealousy yang tinggi!


Jadi bagaimana?

Wahai lelaki seluruh dunia, tak nak ke wanita bernama Erry ni? ;D
Wahai wanita seluruh dunia, Jealous ke tidak dengan Erry?

p/s: Untuk bahagian lelaki tidak perlu jawab lah kan, sebab saya pun lelaki. Hehe.


Di sini saya selitkan satu Surat Cinta Terbuka untuk seluruh wanita seluruh dunia:


Surat Cinta Terbuka untuk Muslimat…

Assalamualaikum.

Sudah berkenalan penuh dengan Erry? Hebatkan dia? Sangat-sangat hebat. Andai saya seorang wanita pun saya akan rasa sangat jealous dengan kesempurnaan Erry setinggi gunung Everest bahkan lebih. Acewah poyonya!

Erry seorang yang sangat hebat dan sempurna. Iya laa, Erry suaranya merdu, cahaya wajahnya yang bersinar indah lagi. Tidak lupa dengan kecantikan dirinya yang diiktiraf Allah di dalam Al-Quran.

Awak ada?

Memang lah awak tiada segala itu, namun wahai wanita sekalian, tidak perlulah pada hemat saya untuk awak semua nak jealous-jealous dengan si Erry itu. Tidak perlu.

Kenapa?
  
Sebab you guys are way too special to be compared dengan Erry! **terma dan syarat

Atas itu bukan ayat bodek. Serious! Cuma nampak tak ada tulisan kecil kat tepi statement atas tu? Ada terma dan syarat.

Senang je terma dan syaratnya: Wanita Solehah


Jadilah seorang wanita yang solehah rutin hidupnya. Bangun tidur dengan solehah dan tidur dengan solehah. Apakah itu solehah? Solehah itu abstrak.

Saya akan kongsikan sedikit sebanyak Guideline bagaimana untuk menjadi seorang wanita yang solehah:



#How-to-be-Solehah


Kecantikan Dalaman
Wanita yang tulen adalah wanita yang lemah lembut dalam pewarakannya tetapi prinsip dan nilai hidupnya begitu agung dan tinggi merantai dirinya.Itulah kecantikan dalaman yang sukar ditandingi.

Cantik
NAFSU mengatakan wanita cantik pada rupanya,AKAL mengatakan wanita cantik pada ilmu dan kepandaiannya,HATI mengatakan wanita itu cantik pada akhlaknya.

Berakhlak Mulia
“Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah”Sebagai ibu, terukir di paparan dada.Sebagai isteri, pengubat duka nan lara.Sebagai kekasih, dirindui saban ketika.Sebagai mujahidah, berdiri dibelakang mujahidin.~Ciri-ciri wanita yang solehahTaat kepada Allah.Berbuat baik kepada ibu bapa.Sentiasa taat dan berkhidmat kepada suami dengan sepenuh hati.Menutup dan menjaga aurat.Tidak berhias apabila keluar rumah.Tidak keluar bersendirian atau bersama lelaki ajnabi kecuali bersama mahram.Berbuat baik dengan jiran tetangga.Suka mempunyai anak yang ramai dan berusaha untuk mendidik mereka.

Berpegang pada agama
“Dikahwini wanita itu kerana 4 perkara, kecantikannya, hartanya, keturunannya, dan agamanya. Pilihlah yang paling beragama”

Dari keturunan yang baik-baik.
Seorang wanita yang dari keturunan yang baik2 mudah diterima lelaki. Namun wanita yang berasal dari keturunan yang hina seperti anak zina atau sebagainya tidak wajar merasakan dirinya tidak layak menjadi wanita idaman. Islam mengangkat tinggi umatnya yang bertaubat dan sentiasa memperbaiki diri kerana taqwa menjadi darjat kemuliaan disisi Allah.

Bijaksana
Saidatina Aisyah r.a. merupakan seorang tokoh intelektual terbilang. Sebanyak 2210 hadis sahih berjaya diriwayatkan selama 9 tahun hidup bersama Rasulullah s.a.w. Beliau merupakan fuqoha’ (ahli hukum) Madinah yang unggul dan juga berpengetahuan dalam bidang perubatan.~Wanita idaman lelaki ialah wanita yang pandai tetapi tidak menunjuk-nunjuk
pandai kerana ianya mencabar ego lelaki lalu menyebabkan lelaki menyampah terhadapnya.

Tidak mempamerkan keseksian
“Wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang untuk mencari perhatian lelaki, yang melenggok-lenggokkan tubuhnya, yang kepalanya seperti punuk (bonggol) unta, mereka itu tidak akan masuk syurga”
(Hadis Riwayat Muslim)

Tidak Cerewet
Wanita yang cerewet boleh merimaskan lelaki dan mudah menyebabkan lelaki menyampah terhadapnya.

Memahami lelaki
Contoh: Yang berlaku: “Itulah abang! Asyik bekerja aje. Mementingkan diri sendiri… Tak ingat nak balik rumah… Tak abis-abis layan kawan.. kawan.. kawan… Hal rumah ni takkan nak suruh saya buat sorang!”Yang sebenarnya berlaku: Di pejabat, bos sambung meeting hingga pukul 7 malam. Singgah solat Maghrib di masjid. Ada penceramah idola. Dengar ceramah sehingga solat isyak. Dalam perjalanan pulang, kawan lama telefon minta jumpa di warung ada hal penting katanya. Pukul 10 malam baru sampai di rumah.

Tidak terlampau cemburu
“Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dihabiskan dijalan Allah dan orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadis) serta diajarkan kepada orang lain” (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Sejuk mata memandang
~Bersopan-santun, sentiasa memaniskan muka~ Sentiasa senyum~Menutup aurat~Ramah dan mesra~Menundukkan pandangan.

Pandai menaikkan semangat dan bermotivasi
Lelaki lebih tertarik untuk mencari wanita yang pandai menaikkan semangat dan bermotivasi ketika dia memerlukannya.

Canggih
Wanita yang pandai menyesuaikan diri dengan arus perkembangan semasa tetapi masih mengekalkan ciri-ciri wanita Islam yang berakhlak mulia dan menutup aurat.

Mempunyai persamaan yang bermakna
Suatu hari,Imam Malik hairan melihat burung merpati dan gagak berkumpul bersama. Dengan spontan beliau berkata,”Kedua-duanya bersatu padahal jenisnya tidak sama”. Ketika burung itu terbang,beliau melihat keduanya masih ada persamaan iaitu kedua-duanya cacat. Lalu beliau berkata,”Sebab itulah burung itu dapat bersatu”.

Pemaaf
Wanita yang suka mendahului meminta maaf walaupun dirinya tidak bersalah digambarkan mempunyai peribadi yang unggul dan mudah disayangi.

Seimbang
Seimbang dari sudut pergaulan, keagamaan, pengurusan diri, dan pengurusan masa.


Rujukan : Petua Membuat Orang Jatuh Cinta



Dah dapat Guideline bagaimana untuk menjadi seorang Solehah, jangan tunggu lama-lama, terus grab the chance!?

Saya bagi satu simple equation betapa besarnya beza antara Wanita Solehah dan Erry:
Wanita Solehah 70x ganda lebih molek berbanding Bidadari Syurga.

Adoyai. Kantoi pulak siapa Erry. Ya, Erry itu sebenarnya ialah Bidadari Syurga yang dijanjikan Allah untuk semua lelaki yang beriman dan beramal soleh!

Erry abstrak daripada:

Bidadari, Idadari, Dadari, Dari, Ari = Arri, Arry, Erry.

Hasilnya,

Bidadari = Erry.

Nampak tak daripada datangnya nama "Erry"? :P

Tak perlulah nak menjadi seorang Bidadari, ataupun nak buat Bidadari cemburu bagai. Tiada perlunya hendak buatkan diri itu menjadi Bidadari, cukuplah jadi seorang Wanita Solehah.

Bidadari = Ohsem.
Wanita Solehah = Ohsem 70x ganda.

Pilih antara Ohsem atau Ohsem 70x ganda? Sudah tentu yang berganda-ganda. The heart of the matter, jadikanlah diri itu solehah. Solehah seperti mana solehahnya Aisyah, Fatimah dan pelbagai wanita solehah lain.

Kepada Erry, jangan jealous dengan para solehah dan para solehah-to-be yang ada sekarang ye? ;D


_______

Oh lupa nak cakap, bukankah tadi saya kata Allah iktiraf kecantikan dan keindahan Erry dalam Quran Kareem. Untuk kita pun ada laa!


  وَصَوَّرَكُمْ فَأَحْسَنَ صُوَرَكُمْ وَإِلَيْهِ الْمَصِيرُ
dan Ia menentukan bentuk rupa kamu serta memperelokkan rupa kamu, dan kepadaNyalah tempat kembali.Surah At-Taghabun | Ayat 3


Dalam ayat itu, Allah dengan bangganya mengatakan bahawa diriNya telah menciptakan diri kita kemudian mencantikan dan mengindahkan kita!

Saya indah. Kamu indah.
Saya cantik. Kamu cantik.
Saya handsome. Kamu handsome.

Wah. Kita semua ciptaan Indah belaka! :D
Allah dah berbangga dengan kita, apakah kita tidak berbangga dengan kita!?

Wallahua'laam.
_______